Aku bimbang sangat bimbang….
Bagaimanakah kalau esok aku mati mendadak.....?
Sembahyangku masih banyak yang belum terqada....
Ingin membayar puasa yang tertinggal masih belum bertindak….
Hutangku masih berlambak-lambak….
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai…
Aku bimbang sangat bimbang….
Apakah aku akan diberi VIP welcome di alam barzakh…?
Oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah….?
Atau apakah aku akan dibelasah….?
Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit....?
Bila ular kubur datang menggigit….?
Kerana sembahyangku yang amat sedikit….
Aku bimbang sangat bimbang...
Isyak tiba, orang ke surau menyembah Allah SWT....
Aku masih terpaku di depan tv….
Orang bertasbih, bertahmid berzikir memuji Tuhan…
Aku terpekik-terlolong bersuka-ria….
Orang menggunakan masa mencari redha Tuhan....
Tapi aku masih berpoya-poya seperti nyawaku panjang lagi....
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang….
Bagaimanakah nasibku? Setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang amat bimbang….
Imanku masih terumbang-ambing…
Ketika aku di dalam kubur...
Adakah orang yang akan mendoakan....?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Quran
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan....
Nasibku di bawah tanah adakah siapa yang akan mengenangkan...?
Hilang aku dari pandangan, hilanglah aku dalam kenangan......
Jadi, kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan....?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.
Aku bimbang sangat bimbang….
Amal ibadahku sangat berkurang……
Sebelum aku ke alam barzakh, cuma satu pintaku...
Izinkan aku menyebut kalimah Laailaahaillallah diakhir kalam esok..
Amin ya Allah....


0 Hujah Sudah:
Post a Comment