Subuhnya,
di mana aku berada,
masih enak dalam kelambu rindu,
sambil berpoya-poya dengan waktu,
masa bagaikan menderu,
langkah tiada arah tuju,
fikiran terus bercelaru,
terlupa aku semakin dihujung waktu,
siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya,
aku lebih memikirkan kelaparan,
kehausan dan rehatku,
aku lebih mementingkan tuntutan kerjaku,
aku bertolak ansur dengan waktu,
aku gembira membilang keuntungan,
aku terlupa betapa besar kerugian,
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan,
siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya,
aku lupa warna masa,
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak,
aku masih dengan secawan kopiku,
terlupa panas tidak dihujung kepala,
aku masih bercerita,
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
siapa aku di depan Tuhan ku.
Maghribnya,
aku melihat warna malam,
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya,
mencari sisa-sisa keseronokan,
tidak terasa ruang masa yang singkat,
jalan yang bertongkat-tongkat,
ruginya bertingkat-tingkat,
siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya,
kerana masanya yang panjang,
aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
aku membiarkan kelesuan mengangguku,
aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
bercumbu-cumbu dengan waktuku,
siapa aku di depan Tuhan ku.
Kini aku menjadi tertanya-tanya,
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku?
Apabila azan berkumandang lagi,
Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi,
Kerana di hujung hidup ada mati,
Bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini?
Jika ruangku dibiarkan kosong,
Jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Kehidupan
Kenapa pula dikatakan ringkas? Malah kenapa pula signifikan? Jawapannya agak mudah. Setiap saat kita melangkah dan setiap saat kita meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa.
Jom Berfikir
- Kehidupan
- Fikrah kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membataskan perkenalan. Siasah perjuangan kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membuahkan permusuhan. Pemikiran kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah melunturkan persaudaraan. Selamat berkenalan!! Lontarkan buah fikiran. Jangan pendam....
0 Hujah Sudah:
Post a Comment