Melafazkan cinta memang mudah. Membuktikan cinta….tidak semua mampu melakukannya. Ramai yang gagal dalam menghadapi ujian cinta which means cinta dia bukan cinta yang tulus sejati. Yang aku cerita ini…. aku maksudkan cinta pada Allah.
Cinta manusia sesama manusia…. bila kita sayang pada seseorang, dibuktikan kasih sayang itu dengan cara kita ambil berat tentang dia, kita tunjukkan kasih sayang pada dia, kita sanggup bersusah payah kerananya, sanggup berkorban kerananya. Seorang ibu sanggup bersengkang mata dihening malm untuk menjaga anak yg demam. Seorang ayah sanggup bekerja siang malam semata-mata untuk memberi nafkah pada anak isteri. Ringkasnya, apa pun akan kita usahakan untuk kebahagiaan insan tersayang….tidak kira la mak ayah ke, suami isteri, siapa-siapa pun la.
Tapi ada juga yang berlakon bila bercinta….tunjuk macam caring sungguh tapi sebenarnya hendak ambil kesempatan je….nak kikis duit, nak puaskan nafsu, nak main-main je…so hati-hati la bila nak bercinta. Nnak cari yang cun, yang solid, yang ensem, yang kaya, tidak mengapa…tiada masalah tapi pastikan dulu kelayakan utama dia, dia orang yang tunduk pada ajaran agama. That’s the real quality.
Ada setengah perempuan, si mamat tu bukan reti agama pun, suruh ngaji agama tak mahu, suruh belajar solat tak mahu, tapi tetap sayang juga kepada laki macam ini. Alasannye, dia baik, dia jaga kita elok, caring. Setengah laki plak, pantang dapat awek cun tapi perempuan ini demand tinggi, semua branded, akhlak…pergh, teruk….tapi still masih sayang lagi. Ikut je apa yang awek dia suruh. Jangan jadi macam ini la ye…kesian.
So, balik pada tajuk ‘Cinta pada Allah’, mudah mengaku tapi nak tunjuk bukti ini yang berat. Banyak yang dah tewas, failed. Macam mana hendak tunjuk cinta pada Allah?
Cinta pada Allah ada syarat-syarat, tidak boleh pakai ikut sedap hati je.
Syarat pertama, cinta pada Allah mesti berada di tempat yang paling utama, level atas sekali. Mana boleh cinta pada Allah pada ranking kedua atau ketiga.
Bab ranking cinta ini senang nak faham begini…kalau seseorang itu dia sayang sungguh-sungguh kepada seseorang ini, dia akan buat apa sahaja, ikut kehendak orang yang dia sayang, dia akan usaha tidak mahu bagi sedih orang yang tersayang, nak bagi happy selalu.… walau orang lain tidak puas hati. Orang yang sayang sangat kepada bini, dia ikut saja apa bini kata. Mak ayah dia kata apa pun dia tolak ke tepi. Orang yang sayang sangat kepada anak, dia ikut saja apa yang anak dia mahu, bini nasihat pun dia abaikan je. So, manusia lazimnya akan utamakan kehendak siapa yg dia paling sayang.
Kalau kita betul-betul cintakan Allah, sungguh-sungguh cinta pada Allah, maka kita akan utamakan apa yang Allah suka, kita akan jauhi apa yg Allah benci. Semua cinta-cinta yang lain…cinta pada diri sendiri, pada mak ayah, suami isteri, anak pinak, duit kekayaan….semua ini wajib berada di bawah. Mesti utamakan Allah, hak Allah yang paling penting skali. ….ini yang kita utamakan walau ia menyalahi kehendak mereka yang di sekeliling kita.
Sesetengah orang, dia berasa berat nak buat sebagaimana perintah Allah, rasa berat nak ikut tapi disebabkan Allah perintah demikian, maka walau berat di hati, tetap dia terima dan tunduk patuh. Ini bukti cinta pada Allah. Seorang isteri dalam dilemma..suami suruh jadi suri rumah, mak pula suruh kerja, isteri itu sendiri pun memang nak kerja…yang mana mesti si isteri tadi dahulukan? Allah perintahkan pada isteri wajib taat pada suami selagi perintah suami tidak menyalahi syara’. Maka wajib untuk isteri ikut perintah suami walau ia menyalahi kehendak hati isteri. Tiada lagi kewajipan taat pada ibu tetapi tetap kena berbuat baik terhadap ibu, kena hormat, kena bergaul dengan baik…Cuma perintah siapa yang patut ikut?....Perintah suami kerana Allah perintah yang demikian.
Ini syarat pertama, mesti letakkan kecintaan pd Allah at top priority. Ini cinta orang beriman. Surah Al-Baqarah ayat 165
Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil/menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.
Syarat ke-2, kena ikut ajaran dan sunnah Nabi saw
Surah Al-Imran ayat 31
Katakanlah: Jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Apa yang Nabi saw perintah, kita lakukan dan apa yang dilarang maka kita tinggalkan. Jangan pula kita memandai-mandai, Nabi saw kata tidak boleh, kita kata tidak salah. Cara untuk nak ikut Nabi….kena la kita ngaji ilmu agama. Biar faham betul-betul. Ngaji agama ini tidak semesti kena masuk U. Kalau tidak ngaji agama kat U pun, still boleh ngaji agama. Selalu la hadir kelas-kelas agama kat masjid. Beli & baca buku-buku agama. Tanya ustaz ustazah kalau tidak faham. Belaja bagi jelas sesuatu bab…kenapa kena buat macam ini? Kenapa tidak boleh buat macam ini? Apa dalilnya? Apa hujahnya? Yang mana pandangan yang kuat berdasarkan dalil? Biar kita ada satu kefahaman yang jelas dan teliti. Of course la ia bukan mudah. Siang dah ke sekolah, pergi kerja. Bila balik petang sudah penat. Lepas maghrib nak ke masjid pula. Bukan satu kerja yang mudah.
Tapi itu la…fikir balik, kita mahu jadi kaya nak hidup senang kat dunia ini pun bukan senang. Selalunya jalan untuk senang itu bermula dengan 1001 kesukaran. Abih tu…senang-senang je nak dapat kesenangan hidup akhirat yang berkekalan datang bergolek?
Ilmu untuk hidup di dunia ini kita belaja start dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, masuk U….plus minus Master Phd….it takes about 20 years. Ilmu dunia kita ngaji sampai level tinggi, sampai pening-pening kepala...tak
Ok…itu syarat kedua, kena ikut ajaran/perintah/sunnah Nabi saw. Barulah dengan demikian kita akan berhasil mendapat cinta Allah.
Kalau betul kita cintakan Allah, then u've got to prove it !


5 Hujah Sudah:
~cinta pada manusia..hanya dibibir melafaz kata..
~cinta pada ALLAH akan abadi selamanya... :D
wah, pakar cinta sudah komen....
cinta yg sebenar hanya utk suami... apa gunanye bercinta kalau x ikhlas..
suami...?
cam xlengkap jer...
hurm, banyak lagi cinta2 yang sebenar....
itu contoh jer.. utk2 org2 yg bcinta..hehe
Post a Comment