Ya.
Aku Kehidupan dan engkau adalah engkau,
Kau tidak akan menjadi aku dan aku tidak akan menjadi dirimu,
Tidak pernah terdetik dihatiku untuk menjadi sepertimu.
Semua orang tahu aku begini,
Dan semua org tahu engkau adalah engkau,
Mungkin aku selalu lalai dalam hidup,
Engkau juga mungkin lalai dalam hidup.
Aku juga tidak sempurna seperti dirimu,
Tetapi aku tidak menganggap engkau sempurna,
Kerana yang sempurna bagiku adalah MUHAMMAD SAW.
Aku tahu suaraku adalah kecil,
Tiada siapa mendengar luahan hatiku,
Aku hanya sampah dimatamu,
Aku tidak kecewa bila kau menganggapku sampah,
Kerana aku tetap aku.
Aku tahu,
Engkau akan ketawa bila aku menghadiri kelas agama,
Engkau akan ketawa bila aku bicara tentang Islam,
Dan,
Ku tahu kau hanya memandangku sebelah mata.
Ya.
Aku tahu aku tak layak utk berkata-kata.
Tetapi,
Aku bangga menjadi aku,
Kerana,
Walaupun aku sang Kehidupan,
Aku tetap punya kelebihan darimu,
Kerana,
Aku masih mencintai Palestin,
Dan engkau hanya sibuk menjalani kehidupanmu sebagai manusia,
Manusia yang hanya mementingkan dirimu sendiri.
Tak mengapa jika dirimu menganggap aku sampah,
Tetapi bagiku,
Engkau lagi hina daripada sampah kerana dirimu tidak pernah memikirkan nasib rakan seagamamu di Palestin..
Teruskan hidupmu seperti itu,
Belailah kekasihmu setiap masa,
Teruskan menangis dengan kisah cintamu yang kau anggap lebih bermakna dari PALESTIN..


1 Hujah Sudah:
lalalalala
Post a Comment