Hawa mengertilah...
bukan Hawa sahaja punya nafsu
Adam punya nafsu lebih haru
jika Hawa suka beli baju baru
Adam pula lagi suka Hawa tak berbaju
jika Hawa punya rasa malu
Adam lagi malu jika Hawa tak malu
sebab itu biar Adam sahaja jadi suami yang satu
adam lain tak boleh tengok Hawa, Adam cemburu!
Hawa mengertilah....
Hawa tidak tabarruj, perfeum atau berhias
Adam lagilah selekeh, kusut dan pemalas
tapi Adam sayang Hawa bukan sebab nak puas
sayang Adam sebab Hawa insan yang sangat khas
buat Adam membaiki diri , berjihad dalam tugas
melihat peribadi Hawa buat hidup Adam perlu kemas
untuk persediaan amanah lebih berat digalas
Hawa mengertilah....
Adam bukan menjauhi Hawa kerana benci
Adam berhenti 'mesej' bukan kerana 'busy'
Adam rasakan Hawa perlu 'privacy'
apatah lagi Adam tak mahu buat Hawa keliru lagi
biarlah Adam bawa diri baiki diri sendiri
biarlah Adam betul-betul jadi lelaki sejati
Hawa mengertilah....
jika Hawa meminta untuk jadi milik Allah
Adam lebih-lebih lagi mahu berjuang di jalan Allah
Adam sentiasa doa,maka Hawa berusahalah
Hawa tetap insan yang sabar dan tabah
bila jalan mu perit, jangan mengalah!
kau Hawa, punya masa depan yang cerah!
InsyaAllah!
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Kehidupan
Kenapa pula dikatakan ringkas? Malah kenapa pula signifikan? Jawapannya agak mudah. Setiap saat kita melangkah dan setiap saat kita meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa.
Jom Berfikir
- Kehidupan
- Fikrah kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membataskan perkenalan. Siasah perjuangan kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membuahkan permusuhan. Pemikiran kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah melunturkan persaudaraan. Selamat berkenalan!! Lontarkan buah fikiran. Jangan pendam....
0 Hujah Sudah:
Post a Comment