Kata-kata harus kita simpan
Menjadi bahasa yang diam
Kerana tanpa paksi rasio
Kadangkala tanpa sengaja
Kita telah menghunus duka
Bila kata-kata menjadi belati
Menusuk peribadi sendiri
Atau hati-hati insani
Biarlah sesekali
Kita berbahasa sepi
Bukan hipokrasi manusiawi
Sekadar bermuhasabah dengan nubari


1 Hujah Sudah:
bait-bait ayat yang ditulis sedikit sebanyak terkesan dihati...
benar kiranya diam dikala akal tidak dapat melaksanakan fungsinya..
diam tidak bermakna bersetuju dan juga tidak bermakna mendustakan..
tetapi adalah lebih baik kiranya dengan mendiamkan diri mampu mengubah sesuatu keadaan menjadi lebih baik..
manakala hipokarasi berlaku dikala diri masing2 cuba untuk menunjukkan kehebatan yang ada dalam diri.. dan amatlah berbangga kiranya dapat teman-teman yang mampu mengawal diri dari hipokrasi..
slm..
Post a Comment