Friday, December 3, 2010


JANGAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI!!!!! Mesti korang tertanya-tanya apsal lak aku kata jangan daftar sebagai pengundi kan? Hah.. jangan terkejut. Aku ada sebab yang kukuh kenapa aku halang korang daripada mendaftar sebagai pengundi. Berikut di bawah ini adalah sebab-sebab nya ;

1. Terdapat lebih kurang hampir 4.56 juta pengundi yang layak mengundi masih tidak mendaftar dengan SPR = suruhanjaya pilihanraya, sebuah badan bebas (bebas = bebas berpihak kepada sesiapa pun) yang dilantik untuk menguruskan proses ini.

2. 4.56 juta ini, dipercayai adalah anak muda. Jangan memain weh.. anak muda tue.. = young fish = pucuk muda = bergetah lagi. WOW..

3. Jika anak muda ini mendaftar sebagai pengundi maka, habislah seluruh masa depan barisan nasional di malaysia. What de hell!! Kalau BN kecundang siapa lagi yang mahu halalkan judi? Siapa lagi yang nak naikkan harga minyak? Siapa lagi yang nak naikkan harga barang 5 in 1? Siapa lagi yang mahu halalkan zina? Nanti pembinaan hub hiburan malam di batalkan you!! I tak rela!!!! Kat mana lagi tempat i nak enjoy2 sakan kalau bukan di club2 dengan arak dan free sex ?? Silap2 hari bulan kita tak dapat merasai keenakkan judi sukan yang pernah kita rasai pada pertengahan tahun ini, meskipun dibuat secara senyap2!! Ini menyusahkan kita!!

4.Memandangkan tempoh untuk membolehkan seseorang itu mengundi pada april 2011 (tarikh pilihanraya umum sekurang-kurangnya) semakin suntuk iaitu tinggal 14 hari sahaja dari sekarang, eloklah kita sebagai pro2 agent sekular tegar, haruslah menghasut anak2 muda ini dengan pelbagai gaya agar mereka lalai dan tidak amek tahu masalah negara.

5. Pastikan tiada kesedaran yang wujud dalam diri mereka. Ingatlah hanya kesedaran sahaja yang boleh membunuh karier sekular di malaysia ini. Selagi mana mereka tidak sedar dan mengambil ringan hukum Allah swt selagi itulah kita agent2 sekular akan bergumbira sakan.

6. Sebab itulah jangan sesekali kita ingatkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi yang tak sampai pun 5 minit. Alahai.. bukan best pown.. minum arak layan majalah porno mangga lagi best. Best ke layan2 bab2 islam neh.. cam bosan jerk!!

7. Ingat anak muda malaysia terutamanya yang muslim, anda, saya dan kami semua kita akan kekal berada di line sekular asalkan kita bersatu ahti menentang islam habis-habisan. Jangan biarkan islam bermaharajalela di malaysia jika tidak umat islam tidak akan bebas enjoy sakan seperti sekarang. Ingatlah untuk enjoy, kita perlukan kerajaan yang juga kaki enjoy sepertimana kita.

0 Hujah Sudah: