Saturday, June 13, 2009



Uji Keimanan


Orang yang beriman itu adalah mereka yang percaya sepenuhnya tanpa ada keraguan atau kesangsian pada setiap yang dinyatakan dan diperintahkan Allah dan RasulNya. Dlm surah Al-Hujuraat ayat 15:

Hanyalah orang-orang yang beriman itu mereka yang beriman pada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, mereka itulah orang-orang yang benar.


Belum dinamakan beriman kalau masih ada walau sekelumit kesangsian atau keraguan pada apa yang didatangkan Allah dan RasulNya. Keimanan itu adalah keyakinan kepercayaan yg teguh (bulat, tekad, sepenuhnya) dengan diperlihatkan keimanan tersebut walau ianya bertentangan dgn fahaman atau pengamalan orang lainnya.


Iman itu bukan sesuatu yang dapat dirungkai melalui logik akal atau pendapat malah jika direnungkan, ianya adalah suatu yang bertentangan dgn logika fikiran manusia. Iman itu tidak dapat diterima oleh logik akal fikiran tetapi ianya adalah sesuatu yg dinilai kebenarannya oleh hati. Contoh;



Di zaman masyarakat arab jahiliyah, sembah patung sembah berhala itu memang biasa la, satu yang normal di zaman tersebut. Patung-patung berhala dijadikan sebagai Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan padanya. Then Nabi SAW diutuskan sebagai Rasul Allah, Nabi ajar jangan sembah berhala, sembahlah hanya Allah yang Esa, nanti boleh masuk syurga. Kalau ingkar, neraka balasannya. Walaupun Nabi SAW terkenal di kalangan masyarakat Arab dengan kejujurannya, kebenarannya, amanahnya tetapi bila Nabi SAW sampaikan ajaran Islam, banyak masyarakat Arab tolak seruan Nabi walau ia seorang yang terpercaya. Hanya segelintir kecil yang menerimanya di mana antara yang menerima seruan Nabi Muhammad adalah sorang hamba iaitu Bilal bin Rabah. Bilal yakin pada apa yang disampaikan oleh Muhammad SAW dan dia tetap berpegang dan mempertahankan keyakinannya, walau ia disiksa dan disakiti tetap Bilal tidak akan kembali kepada agama menyembah berhala. Walau apa jua siksaan yang dilakukan terhadapnya, tetapi dia mempertahankan tauhidnya dgn mengesakan Allah sebagaimana yang diajarkan Muhammad SAW. Apa yang ingin disampaikan di sini bahawa Bilal, dia bukan pernah tengok Allah, dia pon tidak pernah tengok Jibril, dia tidak pernah tengok syurga dan neraka tapi dia percaya dan yakin pada apa yg dinyatakan oleh Muhammad SAW dan tetap dipertahankan keimanannya sedang kebanyakan masyarakat arab lainnya mencemuh dan memperolokkan Muhammad SAW. Demikian untuk kita lebih memahami tentang keimanan.



Kita lihat contoh lainnya bagaimanakah yg dikatakan beriman? Dlm surah Al-Isra' ayat 1 Allah menerangkan ttg diperjalankan Muhammad saw dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsha (Palestin) dgn hanya satu malam. Ayat yang bermaksud:

Maha Suci (Allah) yang memperjalanlan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Ketika Rasulullah SAW diperjalankan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) hanyalah dalam satu satu mlm…… satu malam sahaja beliau pergi dan pulang semula ke Mekah sedang perjalanan dari Mekah ke Palestin (pd mase tu la) sekurang-kurangnya amik masa 40 hari dengan menaiki kuda. Peristiwa ini Nabi SAW ceritakan kepada masyarakat arab quraisy, maka berkumpullah mereka untuk perolok-olokkan kisah yang diceritakan oleh Nabi SAW. Nabi bukan tidak tahu yang orang kafir kemungkinan besarnya akan perolokkan perbodohkan kisah isra’ ini tetapi disebabkan ianya adalah satu kebenaran, satu tanda keagungan Allah, satu wahyu daripada Tuhan yang menciptakan manusia dan alam ini, maka Nabi SAW sampaikan kepada umat manusia. Berita ini kemudiannya disampaikan kepada Abu Bakar untuk dilihat pandangannya dari hal yang demikian, Abu Bakar mahu sokong Nabi atau tidak. Maka berkata Abu Bakar: Jika itulah yg dikatakan oleh Muhammad maka itulah kebenaran. Satu jwpn yang tegas dan yakin tanpa wujudnya keraguan atau kesangsian pada apa yang dibawakan oleh Muhammad SAW. Ini dijelaskan dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat Jabir bin Abdullah: Telah berkata Abu Salamah bin Abdur Rahman bahawa orang-orang Arab Quraisy datang menemui Abu Bakar lalu mereka berkata:



……….. Bagaimanakah pendapat engkau tentang sahabatmu (Muhammad) bahawa dia mendakwa dia telah pergi ke Baitul-Maqdis kemudiannya pulang ke Mekah dalam satu malam sahaja? Berkata Abu Bakar: Apakah dia mengatakan demikian? Mereka (Arab Quraisy) menjawab: Ya. Berkata Abu Bakar: Maka aku mengaku/bersaksi jika benar dia mengatakan demikian maka sesungguhnya dia berkata benar. Mereka (Arab Quraisy) berkata: Maka engkau mengatakan benar (sungguh) bahawa dia pergi ke Syam dalam satu malam kemudian pulang semula ke Mekah sebelum Subuh? Berkata Abu Bakar: Ya. Aku membenarkan malah yang lebih jauh dari itu, aku membenarkan perkhabaran langit. Berkata Abu Salamah: Maka dengan itulah dinamakan Abu Bakar dengan Ash-Shiddiq.

Rujuk Tafsir Al-Quranul Adzim karangan Ibnu Katsier pada tafsiran surah Al-Isra' ayat 1 disebut juga kisah yang hampir semakna dengannya daripada riwayat Aisyah dan Ummu Hani' binti Abi Thalib.



Abu Bakar memberi jawapan yang yakin dan tegas, tiada walau 1% keraguan pada jawapannya. Tidak dia mengatakan mungkin betul/boleh jadi betul tapi ia memberikan jawapan yang meyakinkan. Abu Bakar bukan calang-lang orang di kalangan masyarakat arab, dia orang yang kaya, berpengaruh tetapi dia tidak takut kalau orang Arab kata dia bodoh atau gila kerana membenarkan perkhabaran yang tak masuk dek akal. Dengan tegas ia menjawab ‘Aku membenarkan perkhabaran langit”. Perlu kita jelas bahawa di zaman Rasulullah SAW dulu mana ada kapal terbang, helikopter. Mana ada bas ekspres, komuter, kereta atau motorsikal. Kalau yang kaya boleh naik kuda atau unta, yang tidak mampu jalan kaki je la. Memang tak masuk akal pun jika di zaman Rasulullah SAW itu hanya satu malam pergi dan balik dari Mekah ke Palestin namun ianya diyakini oleh Abu Bakar.



Inilah keimanan yang perlu ada pada setiap manusia yang inginkan keredhaan Allah iaitu dia mempercayai sepenuhnya pada apa yang dibawakan oleh Muhammad SAW walau ianya bertentangan dengan logik akal fikiran atau fahaman manusia kebanyakan. Demikian yang dinamakan beriman.

0 Hujah Sudah: