
Sains vs Wahyu
Jom fikir keadaan umat Islam sekang apakah benar mereka itu golongan yg beriman? Kita ambil satu skop untuk dijadikan penilaian. Pertentangan antara sains dan perkhabaran wahyu…..yang mana kita percaya? 1st thing…wahyu itu adalah perkhabaran dari Al-Quran atau hadis Rasulullah yag sahih. Sains ini pula ilmu logik hasil dari pengkajian manusia, based on experiment.
Bersabda Nabi saw: Riwayat Muslim
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur, tidak ada bintang yang menyebabkan hujan dan tidak ada sial pada bulan Safar.
Sabdanya lagi: Riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Tidak ada jangkitan, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur dan tidak ada sial pada bulan Safar.
Dua hadis sahih menegaskan tiada jangkitan bahawa penyakit itu tidak berjangkit, tetapi di zaman sekang, rata-rata diajarkan penyakit itu berjangkit. Ini yg diajarkan dari sains barat. Ini yang jadi kepercayaan dan keyakinan sebilangan besar umat Islam bermula dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa, sama ada dari golongan profesional atau tidak. Kepercayaan ini sebati dengan darah daging mereka di mana mereka mempercayai teori sains barat ini tanpa menilai kebenarannya terlebih dahulu. Realitinya sekarang, mereka lebih meyakini apa yg disampaikan melalui teori sains daripada meyakini apa yang telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul. Maka dimanakah kepercayaan seorang umat kepada Rasulnya? Sesungguhnya teori sains itu sekadar satu kajian manusia dengan ilmu yang serba kekurangan padanya di mana kajian ini terkadang benar terkadang salah akan tetapi Al-Quran dan Sunnah Rasul itu adalah satu pedoman yang pasti tidak akan salah. Bersabda Nabi SAW: Sahih riwayat Al-Hakim, Malik dan Baihaqi.
Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak sekali kali akan menyesatkan kamu dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.
Perkataan Nabi SAW itu bukan senda gurau, bukan teori saintis dan bukan pendapat yang boleh didebatkan, tetapi wahyu Allah yang wajib ditaati. Apakah wajar mempercayai teori atau pendapat atau keputusan yang dicipta oleh manusia, sehingga membelakangkan ketetapan Allah dan Rasul? Apakah manusia yang tidak mampu membuat sehelai rambut yang setanding dengan ciptaan Allah itu, lebih hebat pengetahuannya dari Allah? Sememangnya Nabi SAW bukan seorang doktor, beliau tidak mempelajari ilmu perubatan moden sebagaimana dunia kita sekang akan tetapi ilmu yang disampaikannya adalah ilmu yang langsung daripada Allah, maka apakah kita mengatakan Allah tersilap dalam menyampaikan wahyuNya? Kita pohon perlindungan Allah dari sikap yang demikian. Tidaklah Rasulullah SAW itu berdusta kepada kita apabila ia mengatakan tidak ada jangkitan, walaupun ia bukan seorang saintis atau doktor tetapi ia seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah. Firman Allah: Surah An-Najm ayat 3-4
Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.
Ingatlah! Manusia itu sememangnya makhluk yang bijak akan tetapi kebijaksanaan manusia itu tidak akan dapat menandingi kebijaksanaan Allah. Ilmu manusia itu tidak akan dapat mengatasi ilmu Allah. Tidak ada seorang manusia yang berilmu, walau setinggi mana pun ilmunya yang dapat mengubah ketentuan Allah. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Agung, tidak dapat ditandingi oleh manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai “mahasiswa/cendekiawan/professor/saintis”, malah menyamainya pun tidak. Janganlah kerana ilmu yang kita miliki kita menjadi angkuh sehingga sanggup menentang Allah. Jadilah manusia yang patuh dan tunduk kepada yang Maha Pencipta, sesungguhnya itulah jalan yang benar.
Bersabda Rasulullah saw: Shahih riwayat Muslim
Daripada Abu Hurairah ketika Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada jangkitan, tidak ada sial bulan Safar dan tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur”, maka bertanya seorang Arab dusun: Ya Rasulullah, bagaimana seandainya sekelompok unta yang sihat di
Dalam satu umah, ade seorang sakit mata, tidak lama kemudian, pakat-pakat semua sakit mata. Akal manusia mengatakan ni tanda penyakit tu jangkit tapi apa Nabi kata?...Siapa yang menjangkiti orang yang pertama? Sesungguhnya penyakit itu tidak berjangkit, penyakit itu tidak boleh berpindah dari seseorang ke seseorang melainkan penyakit itu adalah daripada Allah. Renungkan firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 17
Dan kiranya Allah menimpakan kemudharatan padamu maka tiada yang (berkuasa) menghilangkannya melainkan Dia
Kalau betul penyakit itu berjangkit…sepatutnya semua doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang kena penyakit dulu sebab mereka berada di hpspital, bercampur bersentuh dengan org yang sakit kulit, batuk kering, influenza apa semua bala lagi tetapi doktor-doktor dan jururawat-jururawat masih sihat. Tiada pula doktor-doktor dan jururawat-jururawat ini telan macam-macam jenis ubat sebelum hendak bertugas demi melindungi dari penyakit berjangkit.
Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya berusaha dan berikhtiar di dalam hidupnya, tidak semata-mata berharap dan menyerah diri kepada Allah. memang penyakit itu tidak berjangkit tetapi Islam menyeru umatnya berikhtiar di dalam menghadapi penyakit, ikhtiar dalam mencegah penyakit. Satu yang saya nampak kenapa doktor dan jururawat tidak terkena penyakit sedang mereka selalu in contact dengan pesakit….iaitulah langkah precaution yg diambil, diaorang jaga kebersihan, always basuh tangan dengan sabun, pakai mask kalau merawat orang yang batuk kering ke apa ke, stril alatan perubatan sebelum guna, supaya tiada kuman….ini langkah-langkah dia. Bersabda Rasulullah saw: Sahih riwayat Muslim
Kalau kamu mendengar penyakit Taun menyerang sesuatu daerah, jangan kamu memasuki daerah itu dan kalau kamu berada di daerah yang terserang penyakit taun itu, janganlah kamu keluar dari daerah itu.
Hadis ini bukan menerangkan bahawa penyakit itu berjangkit akan tetapi satu ikhtiar dalam menghadapi penyakit tersebut. Begitulah jalan yang dianjurkan oleh Islam yang diwahyukan oleh Allah Yang Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Saya bukan student pure medic dan saya zero knowledge bab-bab medic. Tetapi kalau bercanggah ilmu manusia dengan perkhabaran langit, saya percaya perkhabaran langit. Bab yang saya cerita ini, mugkin ada yang bangkang tapi satu je yang saya mahu TEGASKAN, bab ni termsuk bab keimanan. Rukun Iman ade 6, termasuk dalam rukun iman bab percaya pada Allah, pada kitab, pada rasul. Orang beriman must have faith pada setiap rukun iman, kalau ada satu rukun yang kita tidak percaya atau kita ragukan, maka kita belum jadi orang beriman.


0 Hujah Sudah:
Post a Comment