Musim terakhir dalam larian mengejar diploma pertama. Mula penerokaan gedung ilmu di sejalur tanah Shah Alam ini dengan seribu satu masalah. Tidak menghairankan. Ini rutin biasa setiapkali lipatan semester baru kubukakan. Namun kesukaran yang melanda membungkam rasa tenang. Ditambah fikirkan akan cecita yang masih jauh dari capaian. Entah ada entah tidak. Entah menjadi entah rosak.
Masalah yang datang menerjah kadangkala menyiat-nyiat waktu lapang. Perit hingga menampakkan isi gelisah. Memuntahkan resah. Saki baki pengajian kadangkala didengar memerli aku.
“Kau yang pilih! Kenapa sekarang kau yang merintih?!”
Aku dengan nada sayu menjawab.
“Aku sebenarnya syukur, bahkan tetap akur..”
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Kehidupan
Kenapa pula dikatakan ringkas? Malah kenapa pula signifikan? Jawapannya agak mudah. Setiap saat kita melangkah dan setiap saat kita meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa.
Jom Berfikir
- Kehidupan
- Fikrah kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membataskan perkenalan. Siasah perjuangan kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membuahkan permusuhan. Pemikiran kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah melunturkan persaudaraan. Selamat berkenalan!! Lontarkan buah fikiran. Jangan pendam....
5 Hujah Sudah:
abg!gud luck okeyh!..
blaja ajin2 taw! ^.^
TQ *blushing*
tak brape nk phm lak..
>_<
ades, saya pun tak pham......
blaja rajin2..
gudluck! :)
Post a Comment