Yang paling indah itu kita luahkan
Itulah pujian dan syukur
Yang paling bijak itu kita utarakan
Itulah zikir maut muhasabah diri
Yang paling bersih itu kita simbahkan
Itulah ikhlas dan ihsan
Yang paling sayang itu kau lepaskanlah
Bebaskan ia, ia ingin bebas
Jika yang paling indah itu kau sangka pelangi
Ia kejap datang ia kejap pergi
Tapi Allah itu kekal wujud
Tiada awal tiada akhir selain Dia
Jika yang paling bijak itu kau sangka alim
Ia boleh lahir ia boleh mati
Tapi Allah itu hidup
Tidak beranak tidak diperanakkan Dia
Jika yang paling bersih itu kau sangka air
Ia boleh basah ia boleh kering
Tapi Allah itu tetap pemurah
Dia lah yang menurunkan rezeki
Jika yang paling kau sayang itu si dia
Ia boleh jadi bukan milikmu
Malah segala di dunia milik Allah semata
Mari Allah kita datang kepada Allah kita kembali
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa Kehidupan
Kenapa pula dikatakan ringkas? Malah kenapa pula signifikan? Jawapannya agak mudah. Setiap saat kita melangkah dan setiap saat kita meninggalkan masa. Itulah kehidupan dan banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Kehidupan saya penuh warna-warni. Kehidupan mengajar dan menemukan saya dengan pelbagai peristiwa.
Jom Berfikir
- Kehidupan
- Fikrah kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membataskan perkenalan. Siasah perjuangan kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah membuahkan permusuhan. Pemikiran kita mungkin berbeza. Tapi perbezaannya tak pernah melunturkan persaudaraan. Selamat berkenalan!! Lontarkan buah fikiran. Jangan pendam....
0 Hujah Sudah:
Post a Comment