Thursday, February 18, 2010

Aku ni dah jadi malas nak kemaskini blog.

Neuron aku tak aktif ke? (hipotesis pertama). Kalau nak kata neuron aku tak berkembang, neuron manusia memang takkan bertambah; amaunnya serupa daripada kita bayi. Kalau memusnah tu mungkin (hipotesis kedua).

Aku tolak hipotesis kedua. Hujah pertama aku tak pernah mengalami kemalangan melibatkan kecederaan otak. Tak ada pula penyakit genetik melibatkan
neurone degenerative disease; macam multiple sclerosis. Ni hujah kedua.

haha.

Wah. Konsentrasi aku hilang lagi.

Miba, kau kena konsentrasikan pemikiran kau mulai sekarang. Dalam semua aspek kehidupan kau. Yang besar-besar, apatah lagi yang kecil.

Jangan pulak kau dilutekan concentration kau. Jangan, walaupun persepuluh mol. Lagi pula, larutan pada kepala kau tu bukan buffer solution. Sikit gangguan pun, positif atau negatif bakal mengakibatkan brain cramp. Situasi dimana kepala otak kau (fikiran) akan melayang entah kat mana. Bahaya tu, kat otak semua fungsi badan kau dikawal. Silap sikit, habis.

Yang pasti dia bukan dunia nyata. Semua fantasi.

Konsentret. Konsentret!!!

Dalam kelas, konsentret. Jangan asyik fikir benda yang luar skop. Belajar, belajar la. bukan nak duduk diam, lepas tu dok tengok jam nak habis pukul berapa. Ingat, seboring manapun lecture tu, attend. Jangan ponteng kelas. Mak selalu pesan. Yang penting konsentret. Kau kena tahu apa yang kau nak buat.

Masa bercakap, konsentret. Apa yang kau tak sedar Miba, kau kurang berfikir kalau bercakap. Kau tak suka fikir secara kritikal. Kau perlukan Force. Hujah kau kena ada mass yang berpatutan. Yang penting, kau kena accelerate fikiran kau. Jadi, bila dua komponen ini, mass dan acceleration bergabung; kau dapat force yang kau mahu. Force bercakap yang mempunyai nilai pemikiran yang kritikal. Untuk itu, kau perlu konsentret.

Dalam menentukan hidup kau, konsentret. Jangan biarkan orang lain menentukan hidup kau. Kau, Miba! Kena tentukan hidup kau. Jangan la sebab internal or external problem, kau hilang konsentrasi. Hey, kau ada banyak sokongan. Kau ada tuhan yang penting. Kau hanya perlu konsentret. InsyaAllah everything will be fine.

Masa ibadat. Konsentret. Ni paling parah. Solat, kau kena tahu apa yang kau baca. Hayati maksud. Baru boleh konsentret. Adoi. Kalau dalam solat kau tak boleh konsentret, apatah lagi dalam benda lain? Bina konsentrasi dalam ibadat. Ini asas. Tak ada asas, tak ada binaan.

Konsentretla untuk kejayaan kau Miba oii..!

2 Hujah Sudah:

mieja said...

bagus.. info-info nie.. bkn sekadar mengingatkan miba.. malahan mengingatkan diri sy yang membaca..

Kehidupan said...

info la sangat...

haha.