Ramai orang kecewa kerana kurang memahami apa itu bahagia. Mereka yang selalu menerima bahagia adalah cenderung untuk berasa kecewa selepas bahagia itu tidak diberi. Dengan kata yang mudahnya ialah., bahagia itu bila membahagiakan.
Kita tidak akan bahagia selagi orang-orang disekeliling kita tidak bahagia. Implikasinya mudah, carilah orang yang paling hampir disekeliling kita dan bahagiakanlah mereka. Sesungguhnya bahagia itu bukanlah ‘benda’ yang akan berkurang setelah diberikan, walhal bahagia itu umpama menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak terpadam… tetapi kita akan mendapat lebih ‘cahaya’ untuk menerangi.
Siapakah yang paling hampir dengan kita? (selepas ibubapa bagi lelaki) Bagi aku insan itu adalah isteri. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih… mungkin wajah isteri kita sudah kedut, tetapi rasakanlah kedutan itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita. Mungkin uban telah penuh di kepalanya, tetapi uban itu ’mercu tanda’ pengorbanannya membina rumah tangga dan keluarga kita.
Setelah lama bersama pasangan, pandangan kita mesti lebih murni. Tidak dari mata turun ke hati lagi, tetapi sudah dari hati ’turun’ ke mata. Yang kita lihat bukan ’body’ tetapi budi. Yang kita pandang bukan urat, tulang dan daging lagi… tetapi suatu yang murni dan hakiki – kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengorbanan, penderitaan – dalam jiwanya yang melakarkan sejarah kehidupan berumah tangga bersama.
Dari pandangan itulah lahirlah sikap dan tindakan. Love is verb – cinta itu tindakan. Kata penyair bila sudah cinta, ingin dipintal awan-gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nestanya…
Mungkin sikaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai siisteri. Atau petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama sang ’permaisuri’. Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri tentunya lebih bahagia dan dihargai oleh seorang jutawan yang disambut di muka pintu villanya tetapi hanya oleh seorang ’orang gaji’. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci.


1 Hujah Sudah:
nak bahagia jugakkk =[
Post a Comment